PETALING JAYA: Pelakon popular, Fouziah Ghous menafikan bakal
bertunang dengan kekasih yang masih dirahsiakan identitinya itu pada
bulan Jun depan.
Fouziah dalam laporan akhbar Kosmo pada Isnin berkata, dia tidak pernah merancang untuk bertunang seperti yang didakwa dalam masa terdekat ini.
"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri
kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya
sendiri belum tahu," katanya.
Pelakon itu berkata, dia terkilan apabila sebuah ruangan gosip
mendakwa dia bakal bertunang tanpa menyiasat dahulu kebenaran mengenai
perkara itu.
Ujar Fouziah, dia masih belum terfikir untuk berkahwin atau bertunang
buat masa ini namun jika perkara itu terjadi dia sendiri akan hebahkan
kepada media.
"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat
andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak,"
katanya
No comments:
Post a Comment