Wednesday, January 26, 2011

Jennifer Lopez Nafi Bermusuh Dengan Mariah Carey

JURI rancangan realiti American Idol, Jennifer lopez menolak dakwaan dirinya bermusuh dengan penyanyi popular Mariah Carey.

Jennifer baru sahaja muncul dengan lagu terbaru 'On The Floor' awal tahun ini turut menegaskan bahawa dia adalah peminat setia penyanyi itu dan kedua-dua mereka tidak pernah bersaing antara satu sama lain.

"Saya tidak pernah bermusuh dengannya. Saya adalah peminat setianya," katanya.

Jennifer dan Mariah sebelum ini dilaporkan bergaduh apabila bekas suami Mariah, Tommy Mattola didakwa menggunakan Jenifer untuk menjatuhkan kariernya selepas mereka bercerai pada 1998.

Ditanya ketika ditemubual oleh suami diva popular itu, Nick Cannon yang mengendalikan sebuah program radio, Jennifer berkata dia tidak pernah bersaing dengan sesiapa tetapi lebih kepada persaingan dengan dirinya sendiri.

"Saya tidak bersaing dengannya atau sesiapa dalam industri tetapi bersaing dengan diri saya sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Jennifer juga sempat mengucapkan tahniah kepada Nick atas kehamilan kembar Mariah.

"Apa yang boleh saya katakan, kelahiran itu nanti akan menjadi perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup anda dan saya gembira untuk kalian berdua," katanya yang turut mempunyai sepasang anak kembar.

No comments:

Post a Comment