Saturday, December 11, 2010

Fesyen Show GUESS Hebat!










Glamor dan seksi, itulah yang dapat ManggaOnline (MO) ungkapkan di majlis fesyen show GUESS yang mula bertapak di Malaysia sejak 1992. Gemerlapan model dan bintang ternama memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu.

Diterbangkan khas dari New York semata-mata memenuhi jemputan jenama terkenal ini, aura Shontelle Layne memenuhi segenap ruang. Suara gemersik cukup memukau dan sikap mesra Shontelle nyata memuaskan hati. Menghiburkan hadirin dengan lagu popular seperti T-Shirt, Impossible, Perfect Nightmare dan Say Hello To Goodbye.

Mizz Nina turut tampil dengan gaya lincah membawakan What You Waiting For. Hadir di pentas catwalk, Amber Chia mendapat tepukan gemuruh peminat yang nyata terpaku dengan tubuhnya yang kembali langsing walau baru melahirkan anak. Tidak ketinggalan, Erra Fazira, Nurul, Tengku Azura dan Elaine Daily turut memeriahkan pentas catwalk pada malam itu.

Turut serta di pentas catwalk, bekas ratu cantik Hong Kong 2004, Kate Tsui tampil jelita dan elegan dengan persalinan Guess.

No comments:

Post a Comment