Ku Hariz |
PELAKON baru, Ku Hariz yang juga bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua berharap sebagai orang baru dia berharap pihak industri memberikan ruang kepadanya membuktikan bakat dan kemampuan di sebalik kekurangan pakej fizikal yang dimiliki.
“Sebelum ini, saya pernah dapat satu tawaran filem tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saiz fizikal.
“Beberapa pelakon bertubuh kecil dan rendah seperti Zahiril Adzim dan Rusdi Ramli atau di luar negara Tom Cruise boleh berjaya dan diterima.
“Maka, tidak mustahil saya juga boleh berjaya cuma saya memerlukan peluang daripada industri,” luahnya.
Mengakui faktor fizikal yang rendah, kecil dan berwajah ‘jambu’ memaksa dia membela misai agar kelihatan lebih dewasa seiring usianya yang mencecah 27 tahun.
Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif itu bagi meyakinkan para penerbit dan pengarah yang sering menawarkan watak remaja kepadanya sejak bergelar pelakon kira-kira dua tahun lalu.
Mari kita ikuti kisah menarik pelakon yang sedang menyulam cinta dengan Jihan (Raja Lawak) ini.
APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG?
Macam mana hendak beraksi untuk sesi fotografi supaya nampak lebih baik.
SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI?
Kumpulan KRU.
APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI?
Gagal dalam bidang seni.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?
Tidak pasti tetapi saya suka bersaing.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?
Terlalu mudah menilai orang lain.
PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Hilang berat badan sebanyak 18 kilogram.
PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?
Tidak.
PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?
Tidak.
BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?
Berjaya memberi impak dalam bidang seni.
JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?
Terlibat dalam bidang lakonan lebih awal.
APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?
Tercalon dalam Anugerah Skrin 2012.
PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?
Kerja yang saya lakukan tidak dihargai.
KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Berlakon.
PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?
Kejujuran dan orang yang berpandangan jauh.
SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?
Guru saya.
SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?
Heith Ledger.
BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?
Diingati tentang kerjaya saya.
MOTTO KEHIDUPAN ANDA?
Make Believe!
No comments:
Post a Comment